“Ramai Artis Jadi Suami Dayus, Isteri Nusyuz” – PU Syed
Pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed atau PU Syed, tidak menolak terlalu ramai golongan selebriti bergelar suami dan isteri boleh dilabel sebagai dayus dan nusyuz.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed memberi contoh nusyuz apabila isteri dibenarkan berlakon untuk menjayakan babak berpelukan dan berpegangan tangan dengan lelaki lain.
BACA: PU Syed Pertikai Ramai Teruja Michelle Yeoh Menang Oscar
Tambahnya lagi, apabila seorang suami pula reda dengan perbuatan isteri dengan alasan kononnya itu adalah profesion mereka adalah dayus.
“Bila isu rumah tangga artis mula mengambil tempat dalam berita-berita di media sosial, maka masyarakat perlu mengambil iktibar. Dosa pahala tetap berlangsung dan dikira walaupun hanya sekadar lakonan,” tulisnya.
Perkongsian PU Syed itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta menyifatkan ramai yang mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Ada isteri yang dayus juga …. Bagi la pencerahan .
Contoh isteri DAYUS …. Bini Aliff bapuk tu .
Awal minggu lagi Puteri Sarah dah kena bidas dengan PU Syed.
tak betul contoh tu. isteri derhaka ramai la. contohnya yang keluar rumah tanpa izin suami, cakap meninggi suara pada suami dan tak taat perintah suami.
Ada juga kes suami nusyuz ye