Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai seorang Influencer, Aisar Khaled yang dikecam teruk susulan memuat naik video melawat kubur Allahyarham Siti Sarah.
Namun, isu itu sudah pun selesai apabila Shuib Sepahtu sudah pun memaafkan influencer tersebut. Menerusi satu perkongsian Aisar meuat naik mesej pesanan suara dihantar oleh Shuib yang mengatakan dia tidak berdendam mengenai isu tersebut.
BACA: Fikir Masa Depan Anak, Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan
View this post on Instagram
“Tap apa, dari awal apabila dapat tahu saya tengok video itu saya dah maafkan awak…tiada guna sakit hati atau berdendam.
“Saya nak mudahkan urusan semua orang, saya juga minta Allah permudahkan urusan saya, jadi saya tak nak menyusahkan orang lain. Tiada manusia sempurna di dunia, saya pun selalu buat salah dan dosa.
“Banyak dosa saya dengan Allah tapi mungkin apa yang boleh kita ambil pengajaran janganlah berbuat kesalahan sama, mungkin kita tak perasan kesalahhan itu adalah kesalahan yang tak sepatutnya kita buat,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi entri dikongsikan di Instagram itu, Aisar mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana menerima permohonan maafnya dan berjanji tidak akan ulangi kesilapan sama.
Terdahulu, pemuda berusia 21 tahun itu dikecam teruk apabila ramai netizen beranggapan dia mengambil kesempatan dengan emmaut naik video melawat ke lokasi Allahyarham Siti Sarah dikebumikan sebagai kandungan di YouTube miliknya.