fbpx

Fikir Masa Depan Anak, Shuib Pilih Sepupu Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Selepas pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu, Shuib Sepahtu berkata dia sudah mula memikirkan mengenai soal susu untuk bayinya, Ayash Affan.

Bagaimanapun, Shuib memaklumkan dia memilih ahli keluarganya sendiri iaitu sepupunya yang baru saja menyambut kelahiran cahaya matanya 6 bulan lalu untuk menjadi ibu susuan anaknya.

BACA: Shuib Mohon Padam Gambar, Video Arwah Isteri Tak Tutup Aurat

Shuib berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang denngan ahli keluarga yang lain. Kata Shuib lagi, dia memilih dikalangan ahli keluar kerana bimbang terjadi masalah di masa hadapan.

“Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu. Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan untuknya sejak hari pertama pemergian arwah isterinya.

“Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.

“Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan al-Fatihah,” katanya.