“Tak Berani Janji Atau Sumpah, Saya Bahagia Dengan Farid”
Pelakon Datin Diana Danielle akui terkejut dengan spekulasi kononnya hubungan rumah tangganya dengan Datuk Farid Kamil sedang berantakan sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang masalah.
Diana turut berasa pelik dengan dakwaan dia dan Farid dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung. Kata Diana, meskipun pelbagai ujian melanda namun kasihnya terhadap suaminya itu tetap utuh.
BACA: “Saya Kenal Suami Saya, Dia Suami & Ayah Terbaik”
“Saya tidak berani untuk berjanji atau sumpah atas nama Allah, tetapi lihat ke dalam mata saya. Saya bahagia dengan Farid.
“Ironinya, selepas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan, kami semakin bahagia. Memikirkan setiap kesusahan yang ditempuh bersama menyedarkan bahawa saya sentiasa ada untuk Farid begitu juga sebaliknya.
“Setiap kepahitan dan cabaran yang ditempuhi telah mematangkan kami,” katanya kepada Kosmo!
Berkongsi cerita sepanjang ketiadaan Farid selama 35 hari menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 15 Mei lalu, Diana reda dan percaya di atas apa yang ditentukan Allah untuk dirinya.
“Saya tidak murung. Ada ketika saya berdebar dan berasa takut. Namun, selepas saya reda dan yakin setiap dugaan yang datang merupakan aturan daripada Allah, saya menjadi tenang.
“Setelah apa yang berlaku saya mempelajari mengenai konsep kehidupan adalah sementara. Setiap perkara yang baik juga sementara, begitu juga sebaliknya. Saya tidak mahu buruk sangka dengan ketentuan Allah.
“Jika ada satu dugaan besar mendatang, saya yakin wujud juga perkara baik yang akan hadir kelak. Percaya dengan Allah,” ujarnya
- SUMBER
- Kosmo!
bagus DD. kdg kala bila kita terjauh daripadaNya dtg kejadian yg menguji kita sama ada kita akan mnjadi semakin jauh atau mndekatkan diri kpdNya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
saya doakan DD dan keluarga dipermudahkan urusan.
Cari je jantan yg lain, lebih betanggung jawab, ada kerja tetap dan bole jaga keluarga. Ni cari penagih dadah, ex-con, masa depan gelap woi..awak tu masih muda, ramai yg sanggup tau..jangan dok dengar acik2 muslimah tu, diorang dah expired, silap haribulan dapat madu.hehehe
Ko sibuk jg tepi kain org watpe eei. Dia nk tunggu dia punya suka lah. DD tau lah bila dia patut blah atau nk stay. Org luar boleh spekulate tp dia tau la smpai mne dia nk tahan.
Hope somi nya insaf lah cuba jd imam yg bagus utk kuarga mu. Bini dah lah lawa. setia pulak. Jgn sia2 kan.
Setuju. Semoga DD dan sy makin kuat dgn segala ujian.
Datin tak perlu kaitkan Allah sebab datuk ambil dadah dan pukul org…
Terang2 Allah larang perbuatan itu kan datin
asyik 2 kaitkan agama dan tuhan atas perbuatan sendiri.
Klau x inform bahagia kt kami..hti x keruan ke. Org bahagia diam2 je.
smga sis D dan suami bahagia hingga ke jannah..
tabah dgn segala ujian dari Allah.
Betul sgt sis
Yelah banyak sangat cakap pasal kebahagiaan dia tu. Bahagia means bahagia lah. Tak payah peduli pasal orang lain. Kalau tak bahagia move on saja. Muda lagi u .. Lagipun husband tak nampak keinginan untuk maju dalam hidup. Makan hati ler kau dd