fbpx

“Saya Kenal Suami Saya, Dia Suami & Ayah Terbaik”

Berita mengenai pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah ternyata mengejutkan ramai pihak.

Bagaimanapun, Datin Diana Danielle menyifatkan ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku dan ianya menguatkan lagi cinta mereka serta lebih menghargai satu sama lain.

BACA: 35 Hari Dalam Penjara, Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman

“Sebagai seorang isteri saya kenal suami saya. Dia suami dan ayah yang terbaik untuk kami dan saya gembira kami masih dapat menikmati saat-saat gembira bersama.

“Perhubungan kami semakin matang, kami lebih menghargai satu sama lain dan saya tahu betapa pentingnya Farid dalam hidup saya.

“Saya terima apa sahaja yang kehidupan lemparkan pada kami sebab kehidupan akan terus berjalan tanpa henti dan akan memberikan pelbagai perkara mendatang untuk kita hadapi. Kalau kita tenang dan percaya Allah, Dia akan bantu kita balik,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengakui sering menerima kecamaan netizen, Diana meluahkan rasa syukur dikelilingi oleh mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka sekeluarga.

“Daripada dahulu saya bersyukur dengan jenis-jenis peminat yang ada untuk kami, apa yang saya terima juga sebahagian daripada kasih sayang peminat terhadap Farid.

“Jadi, mereka baik dengan saya pun sebab mereka menghormati, menyayangi dan menyokong Farid sebenarnya.

“Kalau ikutkan kecaman, ada hari-hari saya akan terkesan tetapi saya masih mempunyai sistem sokongan yang kuat misalnya ibu saya,” katanya.