fbpx

Tak Beli Baju Hamil, Ayda Jebat ‘Sebat’ Baju & Boxer Suami

Kini sedang sarat hamil anak pertama yang dijangka bakal bersalin pada Oktober depan, pelakon Ayda Jebat berkata dia lebih selesa memakai baju dan boxer milik suaminya, Nabil Mahir.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ayda berkata sepanjang tempoh kehamilan ini dia tidak mempunyai satu pun baju hamil.

BACA: Persoal Usia Kandungan, Ayda Jebat Minta Netizen Buat Kiraan Sendiri

Ujarnya, tidak perlu membazir untuk membeli apatah lagi dia tidak pergi kemana-mana dan hanya duduk di rumah sahaja.

“Saya takde satu pun baju pregnant. Tak perlu la sebab tak pergi mana pun. Takyah membazir. Jadi semua baju Nabil, baju tidur sampai ke boxer dia saya sebat. Berangin! Haha! Normal kan buk?,” tulisnya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020.