fbpx

Persoal Usia Kandungan, Ayda Jebat Minta Netizen Buat Kiraan Sendiri

Kini sedang hamil anak pertama, bagaimanapun ada netizen mempersoalkan usia kandungan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang kini sudah mencecah lima bulan.

Netizen tersebut mempersoalkan mengenai kandungan Ayda sedangkan baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Januari lalu dan tidak menyangka akan hamil secepat itu.

BACA: Ayda Jebat Dedah Suami Masih Simpan Cincin Tunang Bekas Kekasih

Tampil menjawab persoalan netizen tersebut, Ayda meminta individu berkenaan membuat kiraan tarikh perkahwinan dengan usia kandungannya itu.

“Saya nikah pada 1 Januari 20221. Hari ini, 12 Jun 2021, sekarang saya kandungan saya pula berusia lima bulan dua minggu. Tiba-tiba mengandung? Tolong buat kiraan sendiri,” balasnya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian Ayda dilihat memuat naik status teguran mengenai situasi sering dihadapi oleh masyarakat sekeliling mengenai perkahwinan dan cahaya mata.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Selepas hampir empat bulan berkahwin, Ayda mengesahkan hamil anak pertama.