fbpx

Tak Ambil SPM, Ismail Izzani Salahkan Diri Sendiri

Penyanyi dan pelakon Ismail Izzani menyifatkan kontroversi yang terpalit dirinya sebelum ini memantangkan dirinya untuk menjadi manusia lebih baik.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Ismail berkata jika diberi peluang untuk patah balik semula dia tidak mahu mengubah apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini.

BACA: “Tidaklah! Mana Ada Hamilkan Anak Orang” – Ibu Ismail Izzani

“Saya bersyukur kerana pengalaman lalu banyak mengajar saya erti kehidupan sebenar. Kalau ada peluang untuk patah balik masa, saya tak nak tukar apa-apa kejadian yang pernah berlaku dalam hidup saya kerana ia membentuk diri saya sekarang.

“Saya bermula dalam bidang ini seawal usia 16 tahun dan orang luar melihat segala proses saya membesar dan kehidupan yang saya lalui,” katanya.

Mengejar impiannya dalam bidang muzik, Ismail berkata dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya diri sendiri apabila dia memilih tidak ke sekolah serta menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Atas sokongan ibu, saya juga sanggup ‘busking’ di luar sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur kerana muzik begitu dekat di hati saya dan tidak akan sesekali meninggalkan bidang yang saya cintai ini,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi namun Ismail berkata dia sentiasa mengingatkan dirinya terus pandang ke hadapan serta mengakui ujian dihadapinya sangat berat.

“Nak kata kurangkan kontroversi pada masa akan datang pun tak boleh juga sebab bukan saya yang minta. Kalau benda nak jadi, dia jadi dan saya tak boleh lari.Inilah kehidupan yang saya pilih dan kalau benda nak jadi kepada saya, apa boleh saya buat.

“Bagaimanapun saya sentiasa berharap agar dapat kurangkan kontroversi kerana apa yang saya lalui selama ini sangat berat dan masih berjuang. Saya tak nak janji apa-apa tapi akan cuba menjadi lebih baik,”katanya