fbpx

“Tidaklah! Mana Ada Hamilkan Anak Orang” – Ibu Ismail Izzani

Hari ini hangat diperkatakan mengenai pendedahan seorang wanita yang mendakwa dirinya hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang selebriti lelaki popular.

Wanita turut mendakwa artis tersebut tidak mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu malah dipaksa untuk menggugurkan kandungan tersebut.

BACA: Artis Didakwa Hamilkan Kekasih, Paksa Gugurkan Kandungan?

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana selebriti, namun rata-rata netizen memetik nama penyanyi serta pelakon, Ismail Izzani.

Memetik mStar Online, ibu kepada penyanyi itu iaitu Datin Suliza Salam berkata dia tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana bukan pertama kali anaknya difitnah.

“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” katanya.

Bagaimanapun, mStar memaklumkan usaha mereka untuk mendapatkan penjelasan Ismail gagal apabila panggilan tidak berjawab.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita itu berkata dia sudah cuba menghubungi ibu bapa artis berkenaan namun tidak diendahkan serta enggan bertangunggjawab.