fbpx

“Tak Adil Nak Salahkan Aliff, Saya Pun Tak Sempurna”

Hampir lima bulan bercerai, namun kisah peribadi Bella Astillah masih menjadi bualan ramai. Rezekinya sebagai ibu tunggal, Bella kini kembali aktif dalam bidang seni dan menerima pelbagai tawaran berlakon.

Namun, ramai yang menganggap rezeki yang diterimanya itu adalah ganjaran di atas kesabarannya selama ini. Bagaimanapun, Bella berkata tidak adil untuk orang ramai terus menyalahkan bekas suaminya, Aliff Aziz.

BACA: “Ayden Perlukan Ibu Bapanya, Kami Bukan Keluar Berdua”

“Saya anggap peluang yang datang ini sebagai rezeki dan tuah anak. Tidak adil untuk salahkan Aliff kerana hidup ini ibarat putaran roda. Mungkin hari ini saya di atas, tetapi esok lusa, saya tidak tahu apa nasib diri.

“Saya juga tidak sempurna. Apabila saya terus memberikan kata semangat dan dorongan kepada Aliff, ia bukan bererti saya kuat. Saya cuba berusaha membantunya apa yang termampu.

“Saya percaya, jika kita berbuat baik kepada orang lain, insya-Allah, kebaikan akan kembali datang kepada kita,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal jodoh memandangkan dia sukar untuk memulakan hubungan baru. Katanya lagi, dia kini selesa dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal.

“Sukar untuk saya mulakan hubungan baharu. Saya juga bukan jenis yang mudah menerima kehadiran orang baharu, apatah lagi saya semakin selesa dengan kehidupan sebagai ibu tunggal.

“Biarpun tanpa suami di sisi, hidup saya tidak kosong kerana keluarga sentiasa ada bersama,” katanya.