fbpx

“Ayden Perlukan Ibu Bapanya, Kami Bukan Keluar Berdua”

Sebelum ini dilihat memuat naik gambar menerusi Insta Story meluangkan masa bersama bermain bowling, timbul spekulasi di kalangan netizen yang mengatakan cinta Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz berputik kembali.

Enggan mengulas mengenai perkata tersebut, Bella hanya mengatakan apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk anak mereka, Ayden Adrean. Jelasnya lagi, mereka bukan keluar berdua seperti yang diperkatakan netizen.

BACA: Aliff Aziz, Bella Astillah Sering Keluar Bersama?

“Dia perlukan ibu bapanya dan tak boleh satu pihak saja. Lagipun kami tidak keluar berdua, sebaliknya turut ditemani ibu, adik dan beberapa anggota keluarga lain,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, memberitahu dia tidak menolak seandainya masih ada jodoh dengan bekas suami. Ujarnya, dengan keadaan Aliff yang bermasalah, dia hanya membantu untuk memberikan sokongan.

Susulan tindakannya itu, ramai netizen mendakwa Bella seakan memperbodohkan diri kerana masih melayan baik bekas suaminya itu. Bagaimanapun, Bella menegaskan itu adalah haknya untuk lakukan apa sahaja dan tidak peduli dengan tanggapan netizen.