“Tak Adil Kalau Kesalahan Lama Saya Asyik Diungkit”
Kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih lagi tiada kesudahan selepas Sharnaaz enggan bercerai dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina selama dua tahun.
Bagaimanapun, Nabila mendedahkan tiada sebarang usaha berdamai dilakukan suaminya sepanjang setahun mereka tinggal berasingan. Namun, Sharnaaz menafikan dakwaan isterinya kononnya dia tidak cuba menyelamatkan rumah tangga mereka.
BACA: “Kalau Aku Kahwin Untuk Bercerai, Aku Tak Kahwinlah”
“Usaha untuk berbaik sangat subjektif. Apabila terjadi sebegini kita buat benda baik pun takkan nampak. Sebenarnya usaha itu ada. Daripada pihak saya, begitu juga dengan dia. Masing-masing cuba betulkan perhubungan tapi entahlah.
“Kalau tiada usaha, macam mana saya boleh sambut Aidilfitri bersama. Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila.
“Ketika itu, menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad. Keadaan yang sudah jadi baik bertukar sebaliknya dan saya sangat terkejut,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Sharnaaz mendedahkan kemelut yang terjadi dalam rumah tangga mereka bukanlah berpunca daripada kesalahan besar tetapi hanya masalah kecil. Sharnaaz juga berkata tidak adil jika kesalahan lamanya itu asyik diungkit.
“Saya hormat apa yang berlaku hari ini tapi bukan disebabkan saya. Mungkin ada kesalahan tapi ia hanyalah masalah kecil yang boleh dimaafkan.
“Biasalah, saya baru kali pertama menjadi bapa. Mungkin ada salah tapi saya perbaiki dan tidak mengulanginya lagi. Namun, jika kesalahan lama diungkit berkali-kali, itu tidak adil,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Bosan laa kes ko ni… Next!!!
Korg berbalas2 kenyataan kt ig apa korg dpt? Cm bdk2 laa, move on je laa. Ada jodoh nnt rujuk balik. Xde jodoh kwin lain jek laa. Dah org sana dah xnk xkan ko nk paksa dia terima ko jugak?! What’s wrong with your brain bruh? Dah x bole brain ka?!
Salah satu usaha terbaik – berhenti beri komen terbuka. Tak payah jawab pada orang tak berkenaan. Settle berdua je… asam garam rumahtangga la gaduh ni. Kalau betul dah takde perasaan, pisah sajalah dari duk seksa begini. Kalau masih ada rasa, just forget the past and start all over again. Dua-dua belajar kawal ego dalam perkahwinan. Settle!
masa bercinta kemain masing2, kentut pon bau wangi…. da fasa bergaduh… semua busuk je…. cuba bawa nabila tu pi bercuti berdua-duan ke dgn anak ke… imbas balik masa korang bercinta berkepit berpeluk tu…. kalau lepas tu tak baik gak…bercerailah…. maknanya da xde jodohla tu….
dah laaaa oiii..pegi jatuh talak tu… lgi meyalak lgi ko nmpk mcm x der telor.
EHHH DRAMA NYA ko.
Nabila dh penah bercerai jd dia hrp perkahwinan baru akan dpt pasangan lbh baik dri yg dulu. Sharnaz plak ni 1st experience jd bapa jd dgn panas baran dia, dgn ego ikut kpala dia, dia ingt Nabila yg lbh berpengalaman dpt terima kekurangan dia seadanya. Bg aku kalau ada sikit pun rasa cinta dan kenangan manis masa mrk mula2 berkenalan dulu maka elok dua2 pegi jmpa luah apa terbuku tanpa campur tngn org ke 3. Kalau masih x bole nk selamatkan juga bercerai dgn baik2 masih jd kwn utk masa dpn anak dia juga.
Ni masalah org laki2 mrk pikir kesilapan kecil tp yg kecil tu laa yg buat org pompuan sakit jiwa makan hati memendam rasa bertahun2. Bila sampai satu tahap dah x bole nk sabar tu yg bole ke tahap bawak bercerai!
Wanita ni ingatan dia kuat. Jgn main2 hoke. Aku tulis ni bkn pasal mereka berdua ni je. Ni secara umum brdasarkan kajian aku.
So jgn ingat ko nk lepak malas x nak basuh toilet dan x flush tandas lps kencing berdiri tu bini ko x ingat. Masa tgh romantika lain. Masa dh kawen ko kne ingat tu. Kencin jgn bersepah2. Kentut jgn busuk sgt. Kebersihan gigi tu jgn lupa. Pompuan x suka laki gigi kuning2.
Nnti bila gaduh sume tu jd isu. Org pompuan ni jika dia benggang ko x tolong bawa sampah kuar ke tong kat luar tu, dia akan fikir ko amik peluang dgn apa juga perkara lain. Contohnya ko pinjam pakai duit dia rm1000. Bila ko x cuci tandas atau buang smph, dia akan teringat ko jnji nk bg nafkah rm500 sebulan tp ko pinjam lak kat dia rm1000. Ni contoh je aku bg la.. betapa kompleikated nya wanita. Tp jika ko brjaya mnundukkan hati mereka wanita akan buat apa saja utk ko. Gituuu..so ko kne fikir kan apa yg mnyebabkan hatinya terpaut kat ko dulu. Jika lps ko try, dia x nak jugak… ko cerai la secara aman. Move on. Hidup ni singkat je.
Lahir. Hidup (bljr/ kerja/ nikah/ beranak pinak/ bercucu. Then. Mati. Watpe jd kan ia nya complex.
Byk kes camni.
Hang baca buku ni
“Men Are from Mars, Women Are from Venus”.
akak ada member sorang mcm ni tpi dia pompuan la.. dri penang jugak …hari2 drama dlm twitter… benda kecik simple jd sedepa. org penang mmg cm ni ker? kuat ya merentan..melalut-lalut.. layn citer hindustan byk ke smpai terbawak-bawak cer kabor kat akak?
Cerai kan saja., bertepok sblah tangan bila pun x selesai lah bro. Lafaz kan .. wasting time…eurghhhhhh!!
DKK mmg cam nie la wey drama diaorg susah nk hadam. Bangla pun sama gak. India mari kalu ayo yoo appa akka amma lagi lah… eeeishh bosan dah.
Tunggu apa lagi? Hang tak mau , dia pun x sudi. Life is too short to hold on the past and grudges.
Apalah bodohnya mamat ni. Yang dikatakan usaha menyelamatkan rumahtangga ialah dengan meletakkan ego kau tu ditepi dan mengaku bahawa kesalahan kau tu besar ( walaupun kecik bagi kau) , buat akujanji apa yang isteri tak suka, kau tak akan ulangi. Jumpa dan bagi bunga, minta maaf .
Kalau kau nak kata yang kesalahan kau kecik sama maksudnya dengan kau tak mengaku kau bersalah. Perempuan kalau lelaki anggap kesalahan yang besar bagi perempuan sebagai kecik, lebih baik dia cari suami lain.
Dah ego tu payah nak letak tepi… tak payah lah nak menangis bagai. Pergilah lafaz talak tu. Melainkan kalau tak setuju bercerai, pergi lah pujuk dia dengan bunga. Kalau kau nak lawan dekat mahkamah, makin benci lah isteri.