“Kalau Aku Kahwin Untuk Bercerai, Aku Tak Kahwinlah”
Seperti diketahui, kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi apabila pelakon itu enggan menceraikan isterinya kerana mahu menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama dua tahun itu.
Didakwa sengaja melengah-lengahkan proses perceraian, Sharnaaz mengeaskan niat utama dia berkahwin bukan untuk bercerai. Ujarnya lagi, dia bertindak mendiamkan diri selama ini kerana anak mereka, Jebat Jayden dan demi menjaga aib semua pihak.
BACA: “Sharnaaz Tak Ada Usaha Berdamai, Saya Dah Tawar Hati”
“Kenapa selama ini saya diam, semuanya kerana Jebat. Saya tak mahu nampak keburukan itu. Kejap lagi kalau saya bercerita buruk mengenai Nabila, impak itu pada Jebat. Dia akan tahu apa yang berlaku.
“Jadi daripada kita bercerita mengenai keburukan rumah tanga, dia masih lagi isteri saya. Tak kan saya nak cakap hal buruk mengenai dia? Kalau orang cakap buruk pasal isteri saya pun, pasti saya akan marah.
“Ini soal yang satu, kenapa kahwin? Kalau aku kahwin untuk bercerai, aku tak kahwinlah. Buat apa aku kahwin? Kalau semata-mata nak dapatkan satu kurniaan Allah depan mata untuk seksa dia? Bukan macam tu,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz berkata hal perkahwinan bukan perkara boleh dibuat main kerana ia melibatkan tanggungjawab sebaik sahaja diijabkabulkan. Ujarnya, hal untuk bercerai bukan datang darinya dan biarlah pihak menentukan segala keputusan.
“Sebagai lelaki, apabila kita diijabkabul ia bukan rasa seronok. Sebaliknya, lebih kepada perasaan terharu sebab kita akan jaga anak orang dan mempunyai tanggungjawab.
“Selepas akad nikah, kita akan dengar lafaz taklik yang dibaca. Saya dengar dan ingat setiap ayat itu. Ketika ia dibaca itulah saya sedih. Adakah kita mampu untuk jalankan? Itulah yang buatkan saya terfikir dan kini ia sudah sampai ke situ.
“Yang boleh saya cakap, bila kahwin saya bukan nak bercerai. Tetapi kalau betul nak bercerai, bukan keluar daripada mulut saya,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Jangan cerai. Duduk bersama balik. Biar apa pn terjadi. Pastu tambahkan anak lagi Sekurang2 nya 4 org lgi
Apa comment Hajjah Tasbih digital puleeeks???
Tiada saper pun kawin dgn niat untuk cerai, kecuali nak coverline gayah atau lesbio.
Dah org tak sudi, nak paksa2 gak? Itu mendera namanya.
Tuko agama hindu jek laa sbb setau aku hanya dlm hindu je sekali ko dah kwin ko x bole cerai smpai bila2. Ikut agama islam bila perkshwinan tu dah x bole diselamatkan atau salah sorg dah x mau teruskan maka harus utk bercerai.
Cerai jew lah. Move on … pihak sane pun dah tawar hati. Xsemestinye kawin skali dpt bahagia.
Bang Pizo gak yng gentleman. Lepas kan saja x pyh terhegeh-hegeh buang masa hire lawyar sume tu. Sek sek kito jange pecoh mmg begitu. Sampai bila nk berbalas-balas statement. 500 x ckup sebulan. Ko sedor ke idok?
dulu ko sound org sembang x nk kalah mcm ko hebat ko lah perfect…skrg? ko settle … ko settle la..aper mcm?… bini sorang ko xleh handle ek?
Saharudin, tambah anak apo, duit dapor pon lahai gitu2 ajer. Acik2 berhunuzon boleh la terima duit somi bawah sejadah…demi cinta. Kau ingt telor2 korang tu jonkong emas nk kene belai laku beli susu anak? Lgi menyusahkn..baik hidup solo. Huhu
berhusnozon dan lafazkan sajor. bunga bukan sekuntum kalu org da x suka kita pun xboleh nk buat apa2. kalu berbaik pun xkn jd hangat mcm dulu2. masa kau pun terbuang, masa bini pun sama. kalu kau pun berduit berlambak kau pun akn cari yg lebih gebu dan bergetah kan?
Jgn diharap buah x gugur, bab anak tu jaga la sama2 ikut ketetapan mahkamah nnt. Kahwin anak dara laa pasni. Senang skit nk ajar jgn siksa diri dgn org yg dah xnk
Eeii geramnyerr aku dia ni! Dia yang cakap banyak. 500 memang tak cukup untuk zaman sekarang, kalau tak mampu bincang dengan bini. Bini kau ok je kalau kau bincang, kalau kau buat Bodo tu yang dia geram. Lagi satu, kau jantan, duk buang masa menjawab ig buat hape? Ambil fon call bini kau, cakap dengan dia terus senang. Bincang elok-elok. Aku rasa dia duk tunggu je kau call tu. Kau yang buka seluas luas peluang bagi orang masuk campur rumahtangga kau, kau tau tak? eeiii frust dapat give up man macam ni, telur lembik
Aku dah pesan hari tu, pegi jumpa nabila tu, bawa la bunga sekuntum, coklat kitkat ke, pulut kuning je, ajak dia berbaik. Pegang peluk cium bini tu, lupa kan segalanya, mulakan hidup baru saat ni jugak. Cair la bini kau tu. Dia pun dah stahun takde sapa pegang peluk cium, teringin la jugaknya! Tapi Kau pulak duk melayan netizen menjawab sana sini. Aku tengok kau yang banyak melayan, the more vulnerable u are, lagi lah si nabila tu tak nak dengan kau. Aku setuju apa dia cakap, kau tak usaha. Jenis duk layan perasaan dalam socmed
Benda senang la shanaz oii
Ni bukan pasal anak sangat pun, Kau tu nak dia lagi ke tidak? Kalau tak nak kau lepaskan je die.
Kalau kau nak, kau say sorry dan start all over again, lupa kan lah benda lepas. Malu la oiii jantan duk meroyan macam ni. Bawak bini tu pegi holiday dekat2 tukar angin sikit. Aku rasa die akan ikut je kau kalau pujuk elok2. Lagi 1 nafkah anak bini kena sediakan, discus la dengan dia berapa kau mampu, dah kawin cinta kan, sikit2 tu tolak ansur la. Ada lah rezeki tu nanti, percaya dengan rezeki allah
Kalau tak nak cerai, berbaik la oiii
Dia yg suruh nabila jangan komen, aku tengok dia yang laju mengomennyer skrg. Ni roxiomar yg buat video masak2 dgn nabila tu sape? Sepupu kardashian jgk ke u olls? Selalu ade dgn nabila tu je aku tengok
cukup perli memerli… pizo-mawar senang je setel… be gentleman brader!
Kalau nanas ni ikhlas nk settle dah lama bole settled cm Fizo pnya kes tu. Tp si nanas ni sngaja nk tangguh2kan atas alasan yg dia sendiri tau! X payah berlakon jd mangsa keadaan la nanas ko tu jantan, talak ditangan ko!
Vindictive eh?