fbpx

“Tak Ada Rumah, Tidur Dalam Kereta & Mandi Dekat Petronas”

Dalam ramai-ramai peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee antara yang menjadi perhatian ramai. Boleh dikatakan Haneesya menjadi inspirasi ramai gadis di luar sana yang memiliki kulit gelap untuk tampil lebih yakin.

Baru-baru ini, gadis berusia 18 tahun ini mendedahkan pernah berdepan pengalaman sukar apabila keluarganya menghadapi masalah kewangan beberapa tahun lalu dan ketika itu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

BACA: Finalis Dewi Remaja Haneesya Hanee Dikutuk Hitam Macam Afrika

Menurut Haneesya, pada waktu itu mereka sekeluarga tidak mempunyai rumah dan terpaksa menumpang di rumah saudara. Ada masanya mereka terpaksa tidur di dalam kereta dan tumpang mandi di tandas stesen minyak.

“Time UPSR, kehidupan Hanee sangat teruk dari segi kewangan. Hanee tak ada rumah, menumpang rumah makcik di Sungai Buloh setiap hari ulang alik ke KL sebab sekolah dekat Maluri. Kadang-kadang mandi dekat petronas tidur dalam kereta. Tuition tak pergi sebab tak mampu,” tulisnya.

Haneesya turut berkongsikan kisahnya sebagai pelajar disleksia, dimana dia perlu mengikuti pengajian di sebuah sekolah khas sebelum ke masuk semula sekolah biasa. Walaupun berdepan kesukaran, Haneesya meluahkan rasa syukur kerana berjaya memperoleh keputusan yang baik.

Dalam pada itu, Haneesya menegaskan mereka yang menghidap disleksia tidak bodoh, tetapi mereka perlu mengikuti cara pembelajaran yang betul.

“Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh. Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yang betul kami boleh jadi lebih cerdik dari orang biasa,” katanya.