Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa tidak puas hati apabila namanya dan anak-anak disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mambuka akaun media sosial.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Abby turut memuat naik paparan salah satu akaun palsu yang menggunakan nama serta gambarnya. Abby turut menegaskan itu bukan akaun miliknya.
BACA: Ulas Isu Anak Abby Abadi, Netizen Minta Ali Puteh Bayar Hutang Hidayah
“Banyak sangat akaun TikTok yang di buat atas nama saya dan anak-anak. Lepas itu, sedap orang maki hamun. Dah tak ada kerja agaknya orang Malaysia ini.
“Yang komen-komen itu, tengok-tengok dululah ya kalau nak komen, sebab akaun itu bukan akaun kami. Jangan main serbu saja makin hamun orang,” katanya.
Dalam pada itu, Abby memaklumkan keadaannya baik-baik saja serta mengatakan apa yang berlaku pada keluarganya baru-baru ini adalah ujian daripada Allah.
“Tak ada rapuh-rapuhlah. Saya okay saja. Selagi hidup, selagi itulah kita akan diuji. Ujian tanda Allah peduli. Terus jaga diri, jaga solat, jaga hak Allah sebaiknya okay,” katanya.