fbpx

Ulas Isu Anak Abby Abadi, Netizen Minta Ali Puteh Bayar Hutang Hidayah

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi anak selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang didakwa menjadi punca rumah tangga pasangan suami isteri musnah.

Sementara itu, perkongsian pelawak Ali Puteh menjadi perhatian apabila seakan memerli Abby yang sebelum ini mengulas isunya bersama Hidayah.

BACA: “Bukan Nak Back Up…” – Umie Aida Bersuara Isu Anak Norman Hakim & Abby?

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ali dilihat memuat naik paparan berita mengenai Abby yang mengulas isunya bersama balu arwah Abam serta berita mengenai Marissa.

Ali turut menulis kapsyen mengatakan sibuk menjaga tepi kain orang akhirnya kain sendiri yang terbuka.

Dalam pada itu, menerusi Instagram sebuah portal hiburan rata-rata netizen mengkritik kenyataan Ali itu serta meminta pelawak itu segera melangsaikan hutang kepada Hidayah.