fbpx

Tak Ada Job Berlakon, Bapa Zahirah Macwilson Tak Malu Jual Baja

Tidak dinafikan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai penggiat seni terjejas pendapata apabila aktiviti seni terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Turut terkesan apabila penggambran dihentikan berikutan PKP, pelakon Zainol Macwilson tidak malu untuk mencari rezeki lain untuk menyara kehidupan.

BACA: Zainol Macwilson Serah Pada Zahirah, Aiman Beri Nama Cucu

Menurut bapa kepada pelakon Zahiran Macwilson itu, selepas menjual harum manis, dia kini beralih ke penjualan baja pula. Katanya lagi, apa yang penting dia mencari rezeki yang halal.

“Salam hari minggu semua! Saya rasa belum terlambat untuk saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi pada para pelanggan yang telah sudi melanggan harumanis dengan saya baru-baru ni.

“Sekarang dengan PKP, shooting pun tak ada jadi, saya beralih ke penjualan baja pula. Yang penting, kita cari rezeki yang halal dan tak perlu nak rasa malu dan segan. Buat masa ni, khusus untuk warga Perlis saja,” tulisnya.

Menerusi entri dikongsikan di Instagram, Zainol turut memuat naik fotonya bersama baja-baja yang dijual. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji usaha pelakon itu mencari rezeki dan mendoakan agar dimurahkan rezeki.