fbpx

Seperti tahun sebelum ini, tahun ini merupakan tahun ketiga penyanyi Zizi Kiran berhijab sepanjang bulan Ramadan. Penyanyi lagu Eh! itu  berkata dia mengenakan tudung atas kerelaan sendiri.

Zizi berkata dia turut memohon orang ramai supaya mendoakan yang baik-baik agar selepas ini dia akan terus berhijab.

BACA: Buang Baju Seksi, Zizi Kirana Tak Nak Derma Takut Galak Orang Buat Dosa

“Alhamdulillah, tahun ketiga saya masih saya..bulan Ramadan ini saya teruskan bertudung.

“Sama seperti yang saya pernah katakan sebelum ini…saya mohon orang ramai mendoakan yang baik. Manalah tahu saya akan terus bertudung selepas ini,” katanya.

Menerusi Instagram, Zizi dilihat ada memuat naik fotonya mengenakan tudung dan jubah. Rata-rata netizen memuji penampilannya itu serta mendoakan agar kekal tampil sedemikian.

Sejak beberapa bulan lalu, Zizi  tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto seksi di Instagram. Malah, Zizi juga tidak lagi memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya dahulu.