fbpx

Buang Baju Seksi, Zizi Kirana Tak Nak Derma Takut Galak Orang Buat Dosa

Kini tampil dengan imej sopan serta sudah pun memadam foto seksi di Instagram, ramai yang menyambut baik azam penyanyi Zizi Kirana yang mahu berubah ke arah lebih baik.

Tidak memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya dahulu, Zizi berkata dia enggan memberikan pakaian itu kepada sesiapa kerana bimbang menggalakkan orang lain melakukan dosa.

BACA: Simpan Baju Seksi Dalam Kotak, Zizi Kirana Mohon Doakan Berubah Sepenuhnya

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini. Saya tak ada niat nak bagi sesiapa, apa yang penting saya memang dah taka baju-baju macam tu.

“Ada juga orang tanya kenapa tak bagi orang lain, buat apa saya bagi orang baju-baju seksi? Nanti saya menggalakkan orang buat dosa pula,” katanya.

Mengakui sudah mempunyai niat untuk berhijab, namun Zizi akui harus menyelesaikan urusan kerja yang sudah dipersetujui dengan beberapa pihak.

“Kerap juga saya fikir untuk memakai tudung, dan memang dah ada niat nak pakai cuma saya perlu selesaikan dahulu kerja-kerja yang sudah dipersetujui sebelum ini. Saya hormati mereka juga, jadi saya tak boleh pentingkan diri sendiri,” katanya.