fbpx

“Lebih Tenang Lepas Maafkan Mereka Yang Maki Saya”

Sebut saja nama pelakon Izreen Azminda, rata-rata netizen menggelarnya wanita perampas apabila berkahwin dengan pemuzik, Ude Wahid yang pada ketika itu suami orang. Selepas hampir enam bulan mendirikan rumah tangga, Izreen mengakui kontroversi tersebut antara yang terburuk dalam hidupnya.

“Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.

BACA: Izreen Azminda Tak Sangka Suami Seorang Romantik

Tambah Izreen lagi, walaupun di caci dan dimaki oleh netizen, dia kini sudah mengosongkan hati dengan dan memaafkan orang yang pernah menghinanya.

“Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

“Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami,” katanya kepada BH Online.

Izreen memberitahu dia meluahkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki untuk menjadi duta produk walaupun sebelum ini ada pihak yang cuba menutup periuk nasinya disebabkan kontroversi tersebut.

“Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang,” ujarnya.

Benda yang lepas jangan dikenang. Bekas isteri Ude pun dah bawa haluannya sendiri, dah jadi model terkenal. Paling penting masa depan anak-anak dan jangan disebabkan masalah mak ayah sampai anak jadi mangsa.