fbpx

Tahniah! Arwah Yasmin Ahmad Menang Pengarah Terbaik Festival Filem Taipei

Maklumat ini adalah tidak rasmi & kami baca melalui Twitter selebriti yang kami ikuti.

Sharifah Amani & Diana Danielle baru sahaja menulis tentang kejayaan Yasmin Ahmad meraih anugerah berprestij.

Arwah Yasmin Ahmad di’anugerahkan Pengarah Terbaik (Best Director) di Taipei Film Festival hari ini.

Anugerah besar & bermakna itu adalah untuk seni pengarahan Yasmin Ahmad menerusi filem ‘Muallaf’.

Ini merupakan salah satu penghargaan besar dari dunia perfileman luar negara kepada arwah Yasmin Ahmad.

Di’kesempatan ini, mari kita sedekahkan surah al-Fatihah buat Yasmin Ahmad. Hasil seni, pandangan kritis beliau melalui filem akan di’kenang sampai bila-bila.