Sentiasa meletakkan rumahtangga sebagai perkara utama, pelakon Hanez Suraya menjelaskan bahawa dia kini akhirnya menarik diri daripada dunia seni dan mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarganya. Malah tindakannya itu juga datang dari pihak suaminya.

BACA: Berat Susut Melampau, Hanez Suraya Bimbang


“Saya sayangkan rumah tangga ini. Jadi, saya ikut saja kehendak suami. Jadi jika suami tak izinkan (berlakon), lebih baik saya jangan buat. Suami saya bukan dalam kalangan orang industri”

“Dia takkan faham jadual kerja dan bagaimana penggambaran dibuat. Kalau saya berlakon dan dia pula sibuk dengan kerjanya, bila masanya kami dapat bersama apatah lagi sejak ada anak. Jadi, saya ikut kehendaknya… Sebagai isteri, saya kena taat pada suami,” jelasnya kepada BH Plus.

Namun dalam masa yang sama, si suami juga turut memberikan kebebasan buat Hanez untuk menjana pendapatan sendiri melalui perniagaan. Hanez kini sedang mengusahakan tudung selain turut belajar mendalami dunia perniagaan dengan rakan-rakan yang seperjuangan dengan apa yang dilakukannya itu. (rtky/s)