Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan yang beliau menempuh banyak dugaan sepanjang perjalanan untuk menggenggam Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Meluahkan rasa bersyukur dengan kejayaan ini, Sufian Suhaimi turut berkata yang ijazah ini merupakan hadiah terbaik buat kedua orang ibu bapanya yang sentiasa ada menyokong perjalanan kerjaya dan pendidikan beliau.
BACA: Rapat Dengan Model, Sufian Suhaimi Sudah Ada Pengganti?
“Lega dan puas bila lihat kedua-dua orang tua saya hadir pada hari konvokesyen ini dan ia adalah hadiah terbaik buat mereka. Walaupun perjalanan pengajian saya kali ini banyak drama dari satu tahun setengah jadi dua tahun setengah banyak pula dugaan yang berlaku, namun ia berbaloi,” ujarnya.
Sufian Suhaimi menambah yang beliau masih belum bersedia untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) walaupun ada menerima tawaran dari sebuah universiti tempatan.
Tahniah buat Sufian Suhaimi dan semoga perjalanan kerjaya beliau selepas ini lebih lancar dan kurang drama. (rtky/m)