fbpx

Syifa Melvin Sedih Lepaskan Safawi ke Portugal

Umum mengetahui, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safawi Rashid telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Portugal. Penghijrahan tersebut adalah bagi menyertai kelab utama Liga Premier iaitu Portimonense SC.

Difahamkan, Safawi berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Penghijrahannya itu bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga ahli perniagaan dan pelakon Syifa Melvin.

BACA: “Bimbo Bimbo Aku Pun, Aku Cerdik & Banyak Duit”

Menerusi video yang dimuat naik di Insta Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah. Video itu juga dimuat naik semula di Insta Story Syifa.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.

Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.