fbpx

Syifa Melvin Bangga Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia

Pelakon Syifa Melvin yang juga kekasih pemain skuad kebangsaan iaitu Safawi Rasid meluahkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan Harimau Malaya.

Menamatkan kemarau 43 tahun apabila layak ke pentas Piala Asia 2023, malam tadi aksi Safawi tidak menghampakan apabila berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti.

BACA: Syifa Melvin Tunai Umrah Dengan Keluarga Safawi Rasid

Menerusi satu perkongsian di Insta Story itu juga, Syifa turut mengucapkan rasa syukur di atas kemenangan Malaysia menentang Bangladesh malam tadi.

Selain memberi sokongan padu, Syifa juga sentiasa mempertahankan Safawi dan memberi semangat kepada kekasihnya itu apabila dikecam netizen akibat aksi hambarnya di padang dan Malaysia tewas.

Baru-baru ini tular video memaparkan Syifa hadir ke stadium memberi sokongan kepada kekasihnya yang beraksi menentang Bahrian.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. Bagamanapun, pada Februari lalu Syifa menunaikan ibadah umrah bersama keluarga kekasihnya.