fbpx

Syifa Melvin Tunai Umrah Dengan Keluarga Safawi Rasid

Pelakon Syifa Melvin selamat berangkat mengerjakan umrah semalam bersama keluarga kekasihnya, pemain bola Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Difahamkan, kakaknya Syafiqa Melvin turut menyertai menunaikan ibadah tersebut. Menerusi Instagram, Syifa turut memuat naik foto ketika berada di dalam penerbangan.

BACA: “Saya Janji Akan Jaga Keluarga Awak” – Syifa Melvin

Dalam posting tersebut, Syifa turut memohon agar mendoakan perjalanannya ke sana dipermudahkan serta menghalalkan semuanya.

Dalam pada itu, Safawi dilihat turut meninggalkan komen pada posting berkenaan meminta agar Syifa menjaga diri bersama emoji hati berwarna merah.

“Amin, semoga dipermudahkan. Take care ok,” tulis Safawi.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.