Syatilla Melvin Tawar Nak Jadi Ibu Susuan Ayash Affan
Selepas pemergian isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah pada Isnin lalu, Shuib berkata dia sudah mula memikirkan mengenai soal susu untuk bayinya, Ayash Affan.
Menurut Shuib, ramai yang menawarkan diri untuk memberikan susu mereka termasuk pelakon Syatilla Melvin iaitu isteri kepada Shaheizy Sam, namun dia perlu merujuk kepada ustaz terlebih dahulu mengenai perkara itu.
BACA: Shuib Tangguh Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital
“Memang mengenai susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata ‘baby’ minum susu tepung, tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu sudah soalan cepumas. Susu siapa pula nak bagi?
“Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla pun ada. Apabila fikir semula, kena juga tahu orang itu minum apa nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya.
Bercakap mengenai perkara itu ketika tahlil dan bacaan yasin untuk arwah isterinya secara virtual, semalam, Shuib berkata dia juga sudah mula berfikir bagaimana untuk menjaga kesemua anak-anaknya.
“Bangun tidur saya termenung sekejap. Terfikir kalau ‘baby’ sudah balik rumah, dia nak minum susu macam mana.
“Teringat kata-kata arwah dia suruh saya yang jaga ‘baby’ sebab tak nak bersengkang mata.
“Sebab tiga anak kami sebelum ini memang dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Enough la citer pasal si shuib ni..pandai le dia nk jaga anak dia..susu pun nk jdkan citer ke..alahai nk muntah la..duit ada susu ape pun blh beli..
Hati2 pilih ibu susuan. Susu yg diminum mempengaruhi otak dan perangai anak. Ibu susu kurang malu, nnt anak kurang malu. Ibu susu malas belajar, nnt anak terikut sama .
Or bg je susu formula (kambing ke lembu, ikut nasihat doktor). Byk je ibu kandung yg xde susu badan. Blh je dibagi susu formula. Apa2 pun, tya doktor .
Tlg check hati…. Sometg wrong tu…. Susah klo ada penyaket hati ni
habis tu yang bagi susu kambing dan lembu nnt anak terikut jadi mcm kam dan lem juga ke? tanya je
Ok..faham..kena cari ibu yg baik, bkn main sondol je..tp kena faham juga..xde susu ibu pun anak blh membesar dgn sihat