Shuib Tangguh Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital
Difahamkan, pelawak Shuib Sepahtu memaklumkan akan berjumpa dengan anak keempatnya hari ini. Bagaimanapun, dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut ada saranan hospital.
Menurtu pengurus Allahyarham Siti Sarah, Nana Mohammad Rom berkata Shuib dihubungi oleh pihak hospital ianya bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19 terhadap bayi pramatang itu.
BACA: Pengurus Dedah Siti Sarah Sedekah Wang, Agih Tudung Kepada Jururawat Masa Sakit
“Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini.
“Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada,” katanya kepada BH Online.
Semalam, ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, Shuib mengatakan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan cahaya mata barunya itu buat pertama kali.
Bagaimanapun, disebalik keterujaan tersebut, Shuib mengakui perasaannya sangat sedih apatah lagi puteranya itu tidak sempat melihat dan memegang arwah ibunya selepas dilahirkan Jumaat lalu.
“Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arwah ibunya tidak sempat melihat dan memegangnya.
“Arwah sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa ini buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, sebelum pergi buat selama-lamanya,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Ok, cerita lain la pulak
sudah2 lah wartawan pun kasi dia ruang..
Ambil lah vaksin dulu bang.
Vaksin bkn ubat tp at least kena kobid viral load x membiak sampai tahap pnemonia.
Anti vaks je yng tak faham bahasa lgi!
betol2 jgn dengar ckp anti vaksin beso sakit diaorang bukan kisah pd kaw!
Memalukan menteri 74 orang semua tak boleh pakai. Mereka tak peduli nak bagi case Naik tinggi so parliament tak boleh buka in plan dia kalau walk in mesti ada orang jaga mana rela atau polis.
dari bulan 1 sampai bulan 6 tanpa ade sidang parlimen kes mcanak dari 2k sampai 17k. bende ape gomen abahkau buat???
kalu mcm ni bila kes mau turun….
Demikianlah PAS dan PN!
Mana kes mau turun selagi kilang bukak.
Aug 11, 2021 at 4:31 pm
kerajaan saja biarkan kes meningkat supaya sidang parlimen tutup…pn terus memerintah alasan kes covid tinggi…pandangan aku lar..
Kesian siti sarah meninggal. Takziah untuk keluarga dia.
Tp sudah2 la kot cerita dia. Sampai pengarah hospital pulak tu contact, tumpang spot light
Masa sy nk bersalin dulu, sy plasenta previa, sy cakap dengan doktor, apa2 jadi selamatkan baby, tapi doktor kata priority is selamatkan ibu.. kalau ibu yang meninggal mmg boleh jadi isu besar. Libatkan conference, meeting bagai. Sebab tu ‘nia syaabani’ maybe sampai ke pengarah hospital yang call.. Sebab melibatkan ibu meninggal. Dulu jarang operation ada kes sampai ibu meninggal dengan teknologi zaman sekarang. Tapi dijadikan asbab covid 19 pandemic yang menyerang paru2 dan ibu pun kekurangan oksigen, dah lah tengah sarat, boleh bayang semput nak bernafas di akhir2 kehamilan.. huhuhu. sedihnya sy.. Ramai ibu2 hamil dan baby yang positif c19 sekarang… huhuhu.
allahu.. mga kuat… buat netizen2.. bukan sng kite nak lalui… bukan mudah untuk melupakn… rindu yg tiada pghujung. nnti dah kena batang hdung sndiri.. kamu sekalian saya doakn, kamu sekalian kuat…
Hmm..muka ni lg..boring laaaa..