fbpx

Syatilla Melvin Mengamuk Dituduh Jual Produk Beracun

Umum mengetahui, Syatilla Melvin mengeluarkan produk kecantikan bersama adik-beradiknya yang diberi nama Kekasih. Bagaimanapun, Syatilla meluahkan rasa berang apabila ada pihak menuduh produknya mempunyai bahan berbahaya.

Syatilla turut memuat naik status netizen berkenaan serta menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada individu tersebut. Malah, Syatilla turut meminta individu berkenaan memberikan bukti kukuh bagi membuktikan dakwaan produknya mengandungi merkuri.

BACA: Syatilla Melvin Lebih Suka Shaheizy Sam Yang Berisi

“Okay aku rasa dia main dengan silap orang. Siapa kenal perempuan ni? Hang silap besar sebab hang mention nama aku kat public dan fitnah periuk nasi aku.

“Aku nak hang respon dan minta maaf dalam masa terdekat! Bagi bukti yang kukuh sekali. Jangan tunjuk sangat yang akal hang bubuh kat lutut. Sebelum aku sagat muka hang kat jalan dan saman, hang tolong respon.

“Aku akan besarkan benda ni kalau hang tak tak mai minta maaf dan tarik semua benda! Followers Tilla, tolong aku buat kerja sat cari mangkuk ni,” tulisnya.

Difahamkan, selepas satu jam perkongsian Syatilla itu, individu tersebut tampil memohon maaf secara terbuka di atas tindakan tidak matang yang dilakukannya.

Dalam pada itu, Syatilla memaafkan dan berkongsikan status permohonaan maaf individu tersebut serta berharap perkara tersebut tidak berulang lagi.