fbpx

Syatilla Melvin Hadiahkan Gelang Emas Besar Buat Ibu

Sebagai anak, pasti kita mahu membahagiakan ibu bapa yang sudah berpenat lelah membesarkan kita sehingga dewasa. Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla Melvin tidak menyangka dapat menghadiahkan gelang emas buat ibunya yang tersayang.

Dalam video yang dimuat naiknya itu, Syatilla membuat kejutkan menghadiahkan ibunya gelang emas besar hasil titik peluhnya berniaga. Ujarnya, sejak dulu lagi dia mengutamakan ibunya dan berkat doa ibunya juga dia kini berjaya serta dimurahkan rezeki.

BACA: Syatilla Melvin Mula Risau Shaheizy Sam Makin Boroi

“Dahulukan yang tercinta. Dulu rasa mustahil dapat masuk kedai emas dan terus beli tapi Allah memang maha adil.

“Bila kita utamakan orang tersayang lebih dari diri sendiri Allah balas dengan semua bentuk bahagia dan rezeki melimpah-melimpah bagai ke ladang gandum lalu ambik coco crunch makan dengan susu, ya Allah sedapnya.

“Ibu jangan pernah berhenti berdoa untuk keberkatan anak-anak ibu dunia akhirat. I love you,” tulisnya.

https://www.instagram.com/tv/CDQ8jEppmSq/?utm_source=ig_embed

Syatilla berharap perkongsiannya itu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjana pendapatan hasil dari titik peluh sendiri. Dalam video tersebut, ibunya sangat gembira dan terkejut apabila menerima gelang emas sebesar itu.

“Moga video ni dapat bagi inspirasi untuk orang-orang di luar sana supaya mula berniaga atau cari duit hasil titik peluh sendiri untuk bahagiakan orang yang tersayang,” katanya lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pelakon itu seorang anak yang baik dan bangga melihat Syatilla kerana sentiasa menghargai ibunya.