fbpx

Syatilla Melvin Mula Risau Shaheizy Sam Makin Boroi

Melihatkan penampilan terbaru Shaheizy Sam, ramai yang terkejut dengan perubahan fizikal pelakon itu apabila berat badannya naik mendadak. Sam akui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara penyebab berat badannya naik.

Menurut Sam, sepanjang PKP dia menikmati waktu rehat bersama isteri, Syatilla Melvin serta anak mereka. Ujarnya, isterinya merancang untuk melebarkan badannya, namun kini mula risau dengan perubahan fizikal suaminya itu.

BACA: Menari Video Tiktok, Syatilla Melvin & Adik Beradik Dikecam Gedik

“PKP punya fasal saya duduk rumah dan luangkan masa dengan keluarga. Sebelum ini isteri memang ada target semasa PKP dia nak lebarkan badan saya, setiap hari dia masak makanan yang sedap-sedap.

“Tapi sekarang bila dah nampak jadi macam ni, dia dah nampak keraguan, mula risau. Takut lepas ni lebar-lebar, tak boleh nak kurus balik, ” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sam berkata sepanjang PKP dia banyak melakukan kerja sendiri, produk perniagaannya dan menguruskan produksinya sendiri. Mengulas mengenai kerjaya lakonan, dia akan mula berlakon hujung tahun ini.

“Sekarang saya banyak duduk rumah, buat kerja-kerja sendiri, fokus pada produk sendiri, dengan saya punya produksi sendiri. Bukan bermakna saya tak akan berlakon lagi. Kalau saya berlakon, hujung tahun,” katanya.