Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai tindakan pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam memperomosikan produk di Instagram yang disifatkan berunsur lucah dan menggunakan cara pemasaran murahan.

Menurut Syatilla, mereka memang sengaja menggunakan foto yang membawa pelbagai maksud untuk menaik perhatian ramai. Bagaimanapun, Syatilla berkata ia terpulang pada pandangan individu masing-masing mengenai gambar tersebut.

BACA: Syifa Melvin & Adik Beradik Kini Bergelar Jutawan

“Kalau mereka nampak benda itu secara negatif memang automatik ia akan jadi negatif. Tapi berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut pada pandangan individu itu macam mana.

“Sebab bukan gambar straight foward. Saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kami dah jangka benda ini (kecaman) dan ini bermaksud apa kami cuba sampaikan berjaya.

“Tiada niat nak buat sesuatu nampak lucah. Tapi kalau dah netizen pandang benda itu secara negatif, kami tak boleh kawal apa yang mereka rasa. Bagi saya, bad marketing is still marketing,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Syatilla berkata segala kecaman dan kritikan di terima sejak menceburi dunia seni menjadikan dirinya semakin kuat. Malah, kini apa sahaja kritikan yang dilemparkan tidak memberi kesan padanya.

“Saya ambil segala kecaman secara postif dan saya menjadi diri saya hari ini pun sebab orang kecam saya. Lagi orang bercakap pasal kita, Allah akan tolong sebab kita bukan buat sesuatu yang salah.

“Kalau orang tak kecan dan cakap buruk tentang saya mungkin saya tak kuat macam sekarang. Lagipun saya memang sejenis biarkan saja komen negatif tanpa membacanya,” katanya.

Terdahulu, Syatilla dan adik-beradiknya kini bergelar jutawan muda selepas mengusahakan produk kosmetik diberi nama Kekasih by The Melvins sejak Mei tahun lalu.