Tiada angin tiada ribut, Dolla mengumumkan salah seorang ahlinya iaitu Syasya menarik diri daripada kumpulan tersebut petang tadi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Dolla berkata keputusan itu dibuat atas sebab peribadi.
BACA: Tiada Siapa Pukul Syasya Dolla, Lengan Lebam Mungkin Kena ‘Gigit’ Hantu
View this post on Instagram
Menurut Dolla lagi, hubungan mereka berempat sangat rapat dan sudah menganggap Syasya sebagai adik serta akan terus memberikan sokongan kepadanya.
Dalam pada itu, Dolla berkata mereka akan terus memberikan komitmen penuh serta berusaha untuk berikan yang terbaik untuk para peminat.