fbpx

Syarul Ridzwan Nafi Khabar Angin Sudah Meninggal Dunia

Menerusi aplikasi Whatsapp hari ini, tersebar berita mengatakan pelakon yang semakin meningkat naik, Syarul Ridzwan telah meninggal dunia selepas terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di Seremban ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi akaun Instagram beliau Syarul Idzwan tampil memberikan penjelasan yang khabar angin itu tidak benar sama sekali dan beliau masih hidup walaupun keadaan kereta Honda City yang dipandunya rosak teruk akibat kemalangan itu.

“Saya okay. Tiada kecederaan langsung, saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi baru habis shooting Street Vendetta. Accident dekat Jalan Sungai Ujong, Seremban. Jalan licin sebab baru lepas hujan, saya hilang kawalan, terlanggar divider, kereta berpusing dua kali, saya tak pengsan tak luka, Alhamdulillah, tak ada apa apa,” tulis beliau.

Syarul Ridzwan Nafi Khabar Angin Meninggal Dunia - ROTIKAYA

Pelakon ini sepatutnya ditemani oleh pembantu peribadinya namun atas sebab sebab tertentu dna tidak dapat dielakkan, beliau terpaksa memandu sendiri keretanya hari ini. Nasib baik tiada kecederaan serius atau kemalangan jiwa. (rtky/m)