Syamsul Yusof Tetap Saman Farid Kamil
Pengarah sensasi, Syamsul Yusof tetap mahu meneruskan hasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap Farid Kamil.
Memetik BH Online, Syamsul berkata dia tekad untuk membersihkan namanya namun berharap Allah melembutkan hatinya untuk menarik semula saman tersebut.
BACA: Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya
“Yang mana saya nak saman, tetap berjalan. Jadi, saman itu tetap diteruskan. Saya pun harap Allah lembutkan hati saya untuk tarik balik saman, mungkinlah. Saya pun tak tahu.
“Sekarang saman tetap diteruskan. Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ia hanyalah perkara yang patut dijadikan pengajaran,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsuk enggan mengulas mengenai kenyataan pelakon Datuk Aaron Aziz yang memintanya untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.
“Bila keluarkan kenyataan, perkara ini tidak akan habis. Jadi, apa yang saya mampu cakap mengenai isu Aaron sudah saya komen sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Syamsul berkata tidak mempunyai masalah untuk bersemuka dengan Aaron.
- SUMBER
- BH Online
Ramadhan musim bergasak kamuorang.ok bai.
Poyo! Blueks!
dua dua rosakan nama lelaki melayu, memalukan nama mat kilau & hang tuah. kalau ada hang jebat mati dua dua dilibas.
Mati dilibas sama itu Bomoh Degawan