Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya
Umum mengetahui, isu antara pelakon Datuk Aaron Aziz dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih lagi berlarutan hingga ke hari ini.
Memetik BH Online, Aaron berkata kemelut antara dirinya dengan Syamsul dapat diselesaikan selepas dia memohon maaf kepada kedua orang tuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
BACA: Aaron Aziz Beri Amaran, Minta Sharnaaz Jangan Masuk Campur Isu Dengan Syamsul
“Tak ada sebarang konfrontasi. Saya cakap kepada umum suruh dia minta maaf pada kedua orang tuanya,” katanya.
Dalam pada itu, Aaron turut mengulas mengenai kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mereka pelakon profesional dan tidak akan menarik diri dari membintangi filem The Original Gangster (TOG) hanya disebabkan konflik yang berlaku.
“Beritahu dia (Sharnaaz), tak perlu masuk campur. Kepada pelakon atau sesiapa sahaja yang tidak terbabit dengan produksi, jangan masuk campur,”katanya.
Sementara itu, Aaron tidak mahu memberikan sebarang kenyataan selepas diminta oleh isterinya, Datin Diyana Halik supaya tidak berbuat demikian.
“Isteri saya minta supaya saya tidak beri sebarang kenyataan lagi. Mungkin isteri saya tahu perangai saya,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Ko masuk campur urusan rumahtangga org boleh pulak, pastu nk suh org2 yg sama kerja jgn campur. Ko ni mmg masalah la pakcik. Dah tua2 jgn terbawak2 emosi dan ego tu. Industry ni kecik je x guna nk sentap nk gaduh2 ni.
Maybe dorang ni kawan baik, jadi gini lah jadinya bila tergigit. Kawan yg ikhlas yg menasihati kita bila kita menyimpang jauh. Mmg secara jujurnya maybe personal things dorang jer berdua tau. Abg Aaron ni rasa dikhianati sebenarnya…takde yg berani tegur Sol pasal semua fikir dia tersohor not even Abg Rosyam. Maklumlah semenjak KRU retired tak banyak filem melayu yg berantai. Etiquette ni perlu ada tak kira la berapa gah kau rasa diri kau. Sifat angkuh akan makan diri tengok mcmna jatuhnya Harvey Weinstein yg ikut nafsu, begitu juga tuan Director yg fikir diri ibarat Einstein…konon. Harap KRU buat comeback dgn filem filem best.
Aron jgn sibuk hal org lh..
syurga bawah tapak kaki ibu..bukan ib*** wokey