fbpx

Puteri Sarah, Syamsul Yusof Sah Bercerai Talak Satu

Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah menemui titik nokah apabila pasangan itu sudahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Memetik Kosmo, Syamsul melafazkan talah satu pada jam 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah.

BACA: Puteri Sarah, Syamsul Mungkin Cerai Hari Ini

Hakim Syarie Akmallluddin memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, sebelum melafazkan cerai, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.