fbpx

Syamsul Yusof Bengang Individu Menyamar Suaranya Di Bigo

Berang apabila mengetahui ada individu tidak bertanggungjawab menyamar menjadi suaranya di aplikasi laman Bigo, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof memberi amaran kepada pihak tersebut untuk memadam akaun palsu itu.

Menurut Syamsul, dia tidak pernah mempunyai akaun Bigo mahupun Facebook. Menerusi Instagram, Syamsul menegaskan tindakan undang-undang akan diambil jika individu berkenaan enggan berbuat demikian.

BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Bakal Timang Anak Perempuan

“Ada mamat menyamar jadi suara saya dalam Bigo. Saya tiada langsung account Bigo dan juga Facebook, so yang ada semua tu akaun palsu menyamar jadi saya.

“Kepada mangkuk yang menyamar jadi suara saya tolong padam akaun Bigo itu cepat. Cakap benda bukan-bukan boleh jadi fitnah. Saya penat nak saman orang turun naik mahkamah ni so please jangan paksa. Padam sekarang,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyedari perkara itu berlaku di aplikasi tersebut dan mengatakan individu berkenaan tidak pernah menayangkan wajahnya ketika membuat video.

Netizen yang pernah mendengar mengakui suara individu tersebut sangat sama dengan pengarah tersebeut serta menggesa Syamsul untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tidak bertanggungjawab itu.