fbpx

Syamsul Yusof Akui Hidup Berumah Tangga Penuh Ujian

Dilihat jarang memuat naik perkongsian di media sosial miliknya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof berkata dia mahu mengambil masa berehat daripada platform berkenaan.

Syamsul beranggapan media sosial boleh merosakkan minda apatah lagi seolah menjadi kebiasaan sebaik sahaja bangun tidur pasti akan melihat telefon terlebih dahulu.

BACA: Puteri Sarah & Suami Sudah Berbaik, Mula Masuk Kelas Agama

“Saya tak tahu orang lain, tapi kita tahu media sosial ini boleh merosakkan mental kita. Sebab tu kadang-kadang saya berehat daripada media sosial.

“Mungkin sebab faktor usia, saya rasa tak okay bila bangun dan nak tidur saja, mesti nak tengok handphone. Saya terfikir yang saya kena berpijak di bumi nyata.

“Tapi bila saya tak update apa-apa di IG melibatkan filem atau apa-apa, orang akan mula tanya saya okay ke tak? Orang ingat saya stress. Benda ini sudah menjadi kebiasaan seba itu kita kena ubah mindset,” katanya.

Ditanya mengenai kontroversi rumah tangganya dengan Puteri Sarah, Syamsul menganggap ianya sebahagian ujian daripada Allah serta akan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

“Hidup ini memang penuh ujian, saya melalui fasa muda, ingatkan bila dah berkahwin, settle semuanya. Tapi sebenarnya ia satu tanggungjawab dan cabaran yang besar.

“Sayaa akan cuba yang terbaik dan termampu. Kita ini manusia, cakap senang. Tapi apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk keluarga saya,” katanya.

Tahun lalu, hangat diperkatakan Puteri Sarah didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Puteri Sarah dilihat hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya masuk ke bahagian undang-undang keluarga.