Puteri Sarah & Suami Sudah Berbaik, Mula Masuk Kelas Agama
Sebelum ini kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila pasangan itu mengaku sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung.
Mengakui masih berhubung dengan suaminya, Puteri Sarah berkata dia dan Syamsul kini dalam dalam fasa berbaik dan mengharapkan doa orang ramai supaya rumah tangga mereka kembali pulih.
BACA: Sambut Birthday Tanpa Syamsul, Puteri Sarah Doa Rumah Tangga Berkekalan
“Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara buruk berlaku.
“Sudah menjadi lumrah apabila seseorang jatuh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku,” katanya.
Meskipun rumah tangga berdepan episod duka tahun lalu, namun Sarah mahu terus bangkit serta tidak mahu terus hanyut perasaan sedih. Malah, dia turut mengikuti kelas agama untuk menjadi insan lebih baik.
“Saya mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya. Saya juga kini sudah mula mengikuti kelas usrah setiap minggu.
“Bagi saya sebelum nak betulkan orang lain, saya perlu perbaiki diri terlebih dahulu. Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga kali saya mengikuti kelas usrah dan banyak pengisian yang saya belajar.
“Malah sepanjang kelas terbabit hati saya jadi tenang mungkin apabila membabitkan majlis ilmu ini ada banyak malaikat dengan kita, jadi Tuhan beri ketenangan itu sehingga saya lupa mengenai hal dunia,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
amin… mga bahagia hingga ke jannah..
Gi kelas agama tak jamin rumah tangga tu pulih, kalau budak, masih boleh di lentur, kalau dah bapak orang sampai ke tua tak menjadinye. Tak yah le guna agama sebagai alasan nak perbaiki diri tu, buat baik senyap senyap cukup, orang pun tak minat pun
amboi mulut ko bedah.. tak salah kan orang nk tambah ilmu agama.. imu xkira umur… kau pulak yang panas. iye la contoh mcm kau xblh dibentuk dah. kite doakn je la yang baik2… macm kita nak orang doakn kebahagian kite… lain la kalau kau single smpai ketua. ok bye .
T.kasih atas idea yg kelas ilmu yg baik2 ada berkat dan ketenangan dan diredhai. Rindu rasanya nk pegi masjid or surau dengar kuliah. Tenang lain mcm. Nak2 klu pegi dgn suami lepas marah2 dia. Langsung terus rasa mcm hal kecik je nak marah2.
Alhamdulillah…Tahniah Sol dan Sarah…Mak Jemah suka sangat tengok korang berdua berbaik baik.
Haa mcm tu lah. Baik kembali. Pasni bulan september ada baby baharu hopefully lulzzz… Sweet nya dah gaduh2 sayang, laki kembali kat keluarga. Love sgt. Semoga kekal brsama hingga till jannahhh…. aamiiinnn
Bedah ni toxic sgt. Benda baik dia buat apa salahnya. Takkan nak belajar jadi toxic cam kau. Jenis manusia tak guna bedah ni. Buat baik kecam, buat salah kecam. Nak mampos nanti pandai plak tiba2 nak mengucap panggil ustaz ustazah.