fbpx

Syamsul Puji Puteri Sarah Profesional, Tak Halang Jumpa Anak-Anak

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata hubungannya dan dua cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayyah tetap baik meskipun berdepan kemelut rumah tangga.

Memetik mStar Online, Syamsul berkata isteri pertamanya, Puteri Sarah bersikap profesional dan tidak menghalangnya untuk bertemu dengan anak-anak.

BACA: Reda Jika Berpisah, Syamsul Tak Mahu Lukakan Hati Puteri Sarah Lagi

“Alhamdulillah, saya jumpa anak-anak saya. Puteri Sarah memberi kerjasama baik biarpun dia memfailkan hak penjagaan.

“Apapun, insya-Allah Puteri Sarah tidak perlu risau. Biarpun bermasalah, saya dan Puteri Sarah bersikap profesional mengenai anak dan memberi kerjasama. Alhamdulillah, saya dapat berjumpa anak-anak,” katanya.

Menurut Syamsul lagi, dia sudah banyak kali bertemu dengan kedua anak-anaknya itu namun tidak berkongsikan di media sosial.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Aidilfitri bersama anak-anak, Syamsul enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Raya di mana, tak perlulah saya beritahu,” katanya.

Syamsul hari ini hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur agi sebutan tuntutan nusyuz difailkan terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei depan berikutan Puteri Sarah tidak hadir atas tuntutan kerja di luar negara.