Syamel Pasrah Majlis Nikah Kena Tangguh
Penyanyi Syamel terpaksa akur dengan arahan ditetapkan kerajaan apabila tidak membenarkan majlis keraian diadakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Menurut Syamel, dia terpaksa melihat semula segala perancangan yang dibuat mengenai majlis perkahwinannya dengan Ernie Zakri sebelum ini dan hanya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
BACA: Ernie Zakri Mengaku Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syame
“Keadaan sekarang ini tidak mengizinkan kami meneruskan perancangan perkahwinan yang dah dibuat. Kita kena tunggu kes covid ini semakin pulih baru langsungkan.
“Semua telah dirancang dengan rapi tetapi nampaknya kita kena merancang semula agar bersesuaian dengan keadaan sekarang,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 15 Ogos tahun lalu. Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan awal tahun ini.
- SUMBER
- mStar Online
apa lah .. nikah sajalah dulu. pkp ni pun tak tau smpai bila. karang smpai ke sudah tak nikah . aneh anehlah
nikah je lah… apa yang susah sangat.. hehe.. jimat duit tak payah invite ramai2… yang penting yang wajib tu jalan dulu…
nikah je la dulu dik.. keris kene ade sarungnya.. hmmm..
Suka hati diorg la nk tangguh ke nk nikah! Korg sibuk nk tentukan life org ko xde life ke?!
itu arahan MKN ikut shjlah, ini nikah bukan tunang, yg tunang ituhri boleh pulak ye..pelikkkkkkkkkkkkkkkk aku..aku sgt pelikkkkkkkkkkkkkkkkkk, tpi fikir balik, tunang ni bila2 masa boleh putus, putuspun cuma pulangkn cincin (kalau pulangkan lah) tak perlu ke pej agama ye dok. Tpi pernikhan ini utk jangkamasa yg lama, perlu ada org2 “wajib dan tertentu”, kalau tunang tu hanya kuarga2 mereka je.
bersabarlah, jodoh tak ke mane.
ade hikmah semua ni iaitu x perlukan pembaziran.. x pyh jemput ramai2.. kite x tau ble virus nk hilang..buat ape tangguh2.. terus kn tanpa ada majlis.. melainkan niat anda nk kawin adalah utk menunjuk nunjuk.. sekian..