fbpx

Syahmi Sazli Pernah Nak Pinjam Duit Isteri Untuk Siapkan Mael Totey

Namanya kini semakin meningkat naik sebagai pengarah filem, Youtuber terkenal Syahmi Sazli mendedahkan dia pernah berhasrat untuk meminjam wang daripada isterinya untuk menyiapkan karya Mael Totey The Movie.

Menurut Syahmi, dia memikirkan perkara itu sebagai persediaan kecemasan seandainya sumber kewangan yang dimiliki dalam proses penerbitan filem berkenaan, tambahan pula dia tidak tahu jumlah perbelanjaan sebenar.

BACA: “Kita Harus Beri Penghormatan & Tabik Kepada Syahmi Sazli”

“Sebagai orang baharu yang terbabit menghasilkan filem, saya memang tak tahu jumlah perbelanjaan yang sebenar. Jadi, saya perlu bersiap sedia dengan duit tambahan jika kewangan yang ada tidak mencukupi.

“Jadi, saya terfikir mahu meminjam wang isteri dan hampir melakukannya. Bagaimanapun, selepas mengira dengan teliti, Alhamdulillah wang yang saya ada sendiri sudah cukup untuk menyiapkan filem itu,” katanya kepada Harian Metro.

Mael Totey The Movie berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober lalu, Syahmi bagaimanapun berterima kasih kepada pengikutnya di YouTube dan Facebook serta penonton yang memberi sokongan.

Mengulas jumlah perbelanjaan untuk menyiapka karya Mael Totey The Movie itu, Syahmi berkata ia hampir mencecah RM400,000 dan proses penggambaran pula dilakukan dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, Mael Totey The Movie mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, Syahmi berkata dia tidak berkecil hati dan menganggap ia teguran membina untuk memperbaiki kelemahannya untuk hasilkan filem yang akan datang.