“Kita Harus Beri Penghormatan & Tabik Kepada Syahmi Sazli”
Meskipun ada pihak mengkritik filem Mael Totey The Movie (MTTM) arahan YouTuber terkenal Syahmi Sazli dikatakan tidak mencapai standard, namun Pengarah terkenal, Syamsul Yusof memuji pengarah muda Syahmi Sazli.
Mengakui peminat dan penonton filem tempatan mempunyai cita rasa tersendiri, bagaimanapun Syamsul berkata tidak semua pengkarya harus mengikuti konsep dan genre filem arahan Syahmi itu.
BACA: Syamsul Yusof Akui Gila Kerja Mungkin Punca Kemelut Rumah Tangga
“Di negara kita sekarang ini penonton ramai, ada kehendak dan kemahuan sendiri. Jadi, dalam isu filem MTTM, dia ada pengikut tegar yang mana kita tahu filem itu menggunakan dialek Kelantan.
“Tapi, dengan kejayaan filem itu tak bermakna semua pengkarya filem harus ikut konsep dan genre MTTM. Contohnya saya yang lebih kepada filem berat, ada pengikut tersendiri. Begitu juga dengan filem abang Mamat Khalid pun sama ada pengikutnya tersendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata Syahmi dan juga filem MMTM perlu diberi perhatian dan penghormatan kerana keberaiannya menghasilkan filem santai dalam masa sama mempunyai mesej tersendiri.
“Bagi saya, pencapaian MTTM bagus untuk industri filem dan persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri filem tempatan. Saya ucapkan syabas pada pengarah kerana membawa sebuah karya yang baru, segar dan santai dalam masa sama ada mesej tersendiri.
“Walaupun disampaikan secara santai dan dari teknikal filem tidaklah setinggi seperti filem berbajet besar, namun kita harus beri penghormatan dan tabik kepada pengarah selaku pengkarya muda yang berani menghasilkan filem ringan tapi ada penonton tersendiri,” katanya
- SUMBER
- Harian Metro
Professor Razak Mohaiden tu cmne plak? Filem dia dulu2 ada pengikut sendiri tp filem badang dia mmg hilang pengikut dah.
Paling utama mael ktote ni ceroita nya simple. Sempoi. Tapiii kemas. Byk je filem bajet besar equipment taraf holiwood tp editing mcm pund$. Nak tgk pun malas. Cerita pulak tak ada moral. Dan cerita ikut sedap tekak produser.
Mana bawang2 rangers semua weh?? Korg x tngk ke filem org oku kelate ni???
jujur bagi sy mmg rase xblh layan sgt laa..tp respect jgk la dkt syahmi, berjaya tonjolkan bakat dlm kalangan org kelainan upaya hingga terkenal…
sorry…i jenis x layan filem melayu….not my level…tengok musang dlm national geographic lagi faedah.
filem Mael Totey high quality lah gambar dia. tak macam filem2 melayu lain. syabas!