fbpx

Syafiq Yusof Berminat Terbit Filem Kisah Hidup Datuk Lee Chong Wei

Tidak terlambat rasanya untuk kami menulis sesuatu tentang Datuk Lee Chong Wei yang sudah pun berjaya merangkul pingat perak sukan Olimpik 2012 kelmarin.

Walaupun tidak berjaya untuk membawa pulang pingat emas seperti di’harapkan 28 juta rakyat Malaysia, Lee Chong Wei masih di’anggap wira terbaik sukan negara.

Bukan selalu kejayaan seperti ini mampu di’kecapi oleh seorang rakyat Malaysia dan pastinya kisah hidup & kejayaan Lee Chong Wei wajar di’angkat ke layar perak.

Pengarah termuda Malaysia yang bakal tampil dengan filem pertama S.A.M 19 Ogos ini, Syafiq Yusof menyuarakan hasrat beliau untuk merealisasikan perkara itu.

Bercakap kepada Malaysian Digest, Syafiq Yusof berkata memang pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk arahkan sebuah filem tentang kejayaan atlet Malaysia.

Dan, nama Lee Chong Wei antara nama atlet Malaysia yang pernah di’fikirkan sesuai untuk menjadi subjek filem biografi atlet Malaysia arahan beliau itu nanti.

“Memang pernah terfikir nak buat tentang tokoh sukan. Idea nak buat fasal Datuk Lee Chong Wei pernah ada tapi saya belum berfikir secara serius lagi,” ujar anak lelaki kepada Datuk Yusof Haslam ini.

Kalau bukan Syafiq Yusof pun, kami berpendapat yang mana mana penerbit filem pun boleh tampil untuk merealisasikan idea filem kejayaan Lee Chong Wei ini sebagai inspirasi kepada anak anak muda.