fbpx

Syafiq Kyle: Uqasha Senrose Masih Kekasih Saya

Mengakui sudah naik bosan melayan pertanyaan berkaitan tentang percintaan, Kyle Syafiq menjelaskan bahawa dia dan juga Uqasha Senrose masih lagi bersama sebagai kekasih selain menjelaskan mengapa mereka jarang bertemu.

BACA: Syafiq Kyle Nafi Pukul Uqasha Senrose

“Kisah peribadi saya tidak menarik pun untuk dikongsi. Bukan apa, saya macam orang lain juga yang melalui fasa percintaan. Jadi untuk bercerita lebih-lebih adalah tidak manis. Dia (Uqasha) masih kekasih saya”

“Tidak semestinya apabila bercinta perlu kerap berjumpa. Memandangkan dia pun ada kerjaya sendiri, jadi saya faham. Begitu juga sebaliknya. Tambahan teknologi hari ini canggih, banyak cara boleh berkomunikasi,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, walaupun belum memikirkan soal perkahwinan, Syafiq dalam masa yang sama turut menjelaskan ketika ini dia sudah pun mula mengumpul aset demi masa depan dan akan memikirkan soal perkahwinan setelah membeli rumah. (rtky/s)