fbpx

Syafiq Kyle Nafi Pukul Uqasha Senrose

Baru-baru ini tersebar spekulasi bahawa hubungan antara Syafiq Kyle dan juga Uqasha Senrose telah berakhir apabila pelakon wanita tersebut memilih pelakon baru, Ben Ali sebagai kekasih. Malah lebih teruk lagi, kini ada dakwaan mengatakan bahawa Syafiq Kyle pernah memukul Uqasha.

BACA: Uqasha Senrose Kini Sudah Ada Kekasih Baru?

Mengakui terkejut dengan perkara itu, Syafiq bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan tidak takut dengan dakwaan memukul Uqasha. Jelas pelakon ini, dia beranggapan bahawa khabar angin yang tersebar itu adalah mengarut serta hal remeh.

“Tidak ada gunanya saya menghabiskan tenaga dengan melayan gosip murahan seperti itu kerana saya sendiri pun tidak tahu dari mana datangnya asas cerita berkenaan. Banyak benda yang tidak benar dilaporkan tentang saya dan yang terbaharu ini tiada bezanya kerana ia remeh dan mengarut,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Syafiq juga dalam masa yang sama turut menafikan hubungannya bersama Uqasha telah berakhir dan memberitahu bahawa Ben serta Uqasha sememangnya berkawan rapat.

“Uqasha dan Ben sudah berkawan baik sebelum kami kenal lagi malah saya sendiri rapat dengan pemuda itu. Dakwaan mereka bercinta adalah tidak benar dan gosip itu saya anggap bersifat kebudak-budakkan kerana ia hanya berdasarkan telahan tanpa sebarang bukti kukuh,” ujarnya. (rtky/syfq)