fbpx

Syafiq Kyle Tak Setuju Saham Artis Jatuh Kerana Bercinta

Hubungan cinta diantara Syafiq Kyle dan Mimi Lana bukanlah suatu berita mengejutkan buat peminat, tetapi mungkin ramai tidak tahu pasangan ini telah pun menjalinkan hubungan cinta selama empat tahun.

BACA: Syafiq Kyle Akui Mimi Lana Teman Istimewa Tapi …

“Saya tak sorok kisah cinta saya. Sembunyikan pun tidak. Cuma, saya tak pernah kongsikan kisah peribadi kerana tiada apa yang perlu dihebahkan. Sebenarnya, ramai yang tahu saya menjalin hubungan dengan Mimi”

“Tahun ini usia hubungan kami memasuki tahun yang keempat. Cuma, jika ada yang mahu menggandingkan kami dalam satu sesi fotografi, kami agak keberatan kerana tak banyak perkara yang boleh dikongsikan”

Pun begitu, dikala selebriti lain enggan mencari pasangan kerana risau saham jatuh menjunam, lain pula dengan Shafiq. Bagi Shafiq, peminatnya merupakan kelompok peminat yang berkualiti dan sentiasa menyokongnya.

“Saya tak rasa begitu. Saya sangat bertuah kerana mempunyai peminat setia, Skylovers Fans Club yang begitu menghargai dan menyokong kerjaya saya. Apa yang saya perhati, peminat saya menggemari lakonan saya”

“Mereka yang kekal setia dengan saya, mereka yang menggemari lakonan saya. Biarpun saya pernah berdepan dengan pelbagai kontroversi, mereka masih menyokong dan berada utuh di belakang saya,” jelasnya. (rtky/w)