fbpx

Syafiq Kyle Akui Mimi Lana Teman Istimewa Tapi …

Sering dilihat keluar bersama, Syafiq Kyle mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon baru, Mimi Lana. Bagaimanapun Syafiq mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak terlalu terbuka bercerita mengenainya.

BACA: Syafiq Kyle Terima Jika Ditakdirkan Jodoh Dengan Pelacur

“Kami memang sudah lama berkawan dan dia teman istimewa saya. Saya juga tidak selesa meletakkan status bercinta kerana kami tidak pernah berbincang mengenai perkahwinan atau bertemu keluarga masing-masing”

“Saya belajar daripada kesilapan lalu, begitu terbuka bercerita, tetapi terpaksa menanggung kesan ia tidak menjadi kenyataan. Apabila berkawan, kami memang bersepakat untuk tidak menghebahkan kepada sesiapa”

Jelas Syafiq lagi, keputusan untuk tidak menghebohkan hubungan itu dipersetujui oleh kedua mereka. Malah sehingga kini hubungan mereka masih belum mencapai fasa untuk mengenali keluarga masing-masing.

“Masing-masing ada impian yang ingin dikejar dan kami menghormati pandangan satu sama lain. Tetapi, itu tidak bermakna kami cuba menyorokkan perkara yang benar. Ada juga yang pernah terserempak ketika kami keluar bersama,” katanya. (rtky/w)