fbpx

Syafiq Kyle Nafi Bermasalah Dengan Hannah Delisha

Pelakon Syafiq Kyle menafikan dakwaan dirinya dan Hannah Delisha tidak ‘sebulu’ akhirnya terjawab selepas kedua-dua pelakon ini menafikan perihal tersebut. Jelasnya perkara tersebut tidak benar sama sekali, memandangkan mereka kini terbabit pula dengan proses promosi filem Langsuir yang bakal ditayangkan pada 20 September ini.

BACA: Syafiq Kyle Akui Pernah Kenal Mira, Mungkin…

“Kita orang tak ada masalah, saya dengan dia (Hannah Delisha) okay. Cuma kadang-kadang tak dapat untuk menghadiri photoshoot sebab masing-masing mempunyai jadual dan komitmen yang berbeza. Untuk dapatkan tarikh itu susah, sebab dia shooting lain dan saya pula shooting cerita lain.

Hubungan kami baik, tak ada masalah, tak pernah bergaduh atau bermasam muka,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem Langsuir.

Syafiq turut menafikan perkara ini adalah sebagai satu publisiti.

“Kita tak buat publisiti itu, kita dengar daripada orang lain. Kalau benda ni satu publisiti untuk filem saya okay sahaja, bukan saya buat publisiti tu pun,” ujarnya kepada Rotikaya.

Tambahnya lagi, dia (Syafiq Kyle) telah mengenali Hannah Delisha selepas mereka buat pertama kalinya digandingkan dalam drama ‘Mencintaimu Mr. Photographer’, dan mengakui selesa bekerja bersama sehinggalah mereka berdua digandingkan pula dalam filem ‘Langsuir’.

“Setakat ini, Hannah merupakan seorang pelakon yang profesional. Soal ‘chemistry’ saya dengan dia senang,” katanya lagi. (rtky/h)